Kamis, 06 Januari 2011

Malam Pertama


Malam pertama adalah saat-saat yang amat ditunggu-tunggu oleh pasangan mempelai. Di waktu ini tiada lagi rahsia antara pasangan. Semuanya terdedah! Intimasi diri dan perkara sulit peribadi menjadi terbongkar. Banyak juga saya mendengar cerita-cerita malam pertama dari pelawat SyokKahwin.com. Ada yang melucukan juga. Malam ini adalah juga penentu kepada kejayaan dan kepuasan sesebuah rumahtangga. Secara lazimnya, bagi mereka yang baru ingin mengenal mengenai hubungan kelamin antara suami isteri akan dipenuhi dengan perasaan cemas dan debaran yang memuncak. Jangan masuk bilik terus berbogel, telanjang atau nude sudahlah..hehe..Fikiran kenalah ditumpukan khusus kepada isteri bukannya pada Fasha SandhaSari Yanti, Fauziah Ghous, Linda Rafar atau Nur Fazura! Kenalah sabar, jika tidak nanti seperti dirogol pula. Kena elakkan keganasan. Tingkatkan kelembutan dan keasyikan. Kami di sini dengan sukacitanya ingin meredakan perasaan yang tidak menentu itu dengan segmen-segmen khas dan panas yang boleh menjadi panduan kepada bakal mempelai. Jika anda ingin mengetahui perasaan mereka yang pernah melaluinya dan membincangkan mengenainya, sila ke ruangan forum nostalgia kami.


 MALAM PERTAMA
Pelayaran malam pertama
MALAM pertama adalah satu cabaran yang memanaskan jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.
Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.
Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan. Lebih-lebih lagi si lelaki harus membantu membersihkan pinggan mangkuk dan sebagainya.
Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.
Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.
Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.
Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.
Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.
Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.
Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.
Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.




MERANCANG KELUARGA

Jenis-jenis kondom dan cara-cara memilihnya
  • Kondom biasanya diperbuat daripada latex atau polyurethane. Yang paling baik ialah latex kerana ia adalah getah asli jika dibandingkan dengan polyurethane yang berasaskan bahan kimia plastik yang kurang fleksibel. Tetapi bagi mereka yang bersifak allergik kepada latex boleh menggunakan polyurethane. Bagaimana kajian ilmiah menunjukkan kedua-duanya mempunyai ketahanan yang sama daripada pecah jika digunakan dengan betul.
  • Kondom latex hanya boleh digunakan dengan pelincir berasaskan air, bukan minyak seperti vaseline atau krim sejuk kerana ia akan memecahkan latex tersebut.
  • Kenapa perlu guna kondom? Kondom adalah satu caranya yang boleh menolong untuk mengelakkan penyebaran sexually transmitted diseases (STD) seperti HIV dan mencegah kehamilan.
  • Kondom dan pelincirnya (lubricants) seperti KY Jelly selalunya mengandungi spermicide yang dipanggil Nanoxynol 9 yang dikatakan dapat mengelakkan kehamilan dan penyebaran HIV dan juga STDs yang lain.
  • Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran kini dari segi warna, tekstur dan juga perisa.
  • Kondom tidak mempunyai saiz seperti baju S, M atau L. Kondom bersifat elastik dan boleh di"stretch" untuk meliputi sepenuh saiz ketegangan zakar seseorang. Cincin di pangkal kondom juga digunakan untuk menyesuaikan kondom dengan saiz zakar seseorang.Tapi secara lazimnya, kondom yang diperbuat untuk negara-negara Asia adalah lebih kecil sedikit daripada negara-negara barat.
    Sila pastikan bahawa kondom yang anda beli membawa tanda kelulusan antarabangsa sama ada FDA, ISO, CE atau "British Standard Kite Mark)
    Ribbed kondom biasanya mempunyai sedikit benjolan yang boleh meningkatkan geseran dan terus sensasi semasa bersama. Terpulang kepada individu jenis yang mana hendak dipilih. Setiap perbezaan dari segi saiz dan bentuk adalah untuk memenuhi kehendak individu yang berbeza dan meningkatkan keseronokan bersama. Bincangkanlah bersama pasangan anda termasukalah yang samada hendak perisa strawberry atau chocolate.
    Kondom-kondom boleh didapati di semua kedai farmasi, rangkaian 7 eleven, stesen-stesen minyak, hypermarket seperti Giant, Carrefour dan Tesco di seluruh negara.
Cara-cara memakai kondom
  • Pasanglah kondom secara perlahan-lahan saat zakar sudah berereksi, sebelum penis menyentuh daerah vagina pasangan. Pemasangan harus menyelubungi penis sampai ke pangkal.
  • Jika kondom yang digunakan tidak mempunyai ruang penampung di hujungnya, tariklah sekitar satu sentimeter agar air mani tertampung di sana. Hindari juga udara tersimpan dalam ruang kosong ini agar kondomnya tidak pecah.
  • Supaya kegiatan bercinta terasa lebih enak, sapukankan sedikit pelincir berupa air di hujung kondom sebelum memasangnya.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar